CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Sunday, February 19, 2012

Tragedi Apam Dot Dot


Aku nih kiranya ada sejarah tragis ngan apam dot dot nih..
Tengok orang lain buat..bukan main comel je..kaler dan coraknya tuh memang kiut miut..anak-anak pon suka tapi yang malangnya mummy diarang masih gagal nak buatkan..
Tiga kali dah aku mencuba buat..kali pertama..apamku bertukar jadik gunung berapi..
meletup sehh..abis intinya meleleh keluar cam lahar..anak aku pon kutuk-kutuk..sunggguh melampau ok..

Percubaan kali kedua pon sebegitu rupa..tapi ada juga yang tak pecah..tapi dot dot ku tak menjadi..adunan cam tebal sangat..so, aku marblekan..dari satu adunan..adalah dalam suku yang tak meletup..tapi coraknya..marble gitu..agak keras lak tu..sepatutnya..gebu..

Percubaan kali ketiga..lagi dramatik..juga tak menjadi..geram punya pasal..tak tunggu habiskan..aku buang semua adunan tanpa habiskan proses mengukus..padan muka..dan aku boikot apam nih...gilooo...

dalam boikot tuh..memang takleh blah tengok kecomelannya tuh..lebih-lebih lagi ada yang buat corak lady birdlah..strawberrylah..yang terkini angry bird gitu..ada yang amik tempahan beratus2 bijik..membuatkan hati aku berkata-kata..senang ke bagi diarang nih..selamba je..apa prob agaknya yang buatkan apam aku tuh tak menjadik..adunan sama..atau mungkin sebab cara mengukus tuh aku tak mahir lagi..
siap feeling2 nak beli pengukus letrik lagi aku nih..

Sejak dua menjak ni ada gerai berdekatan office aku ada menjual apam nih...yang membuatkan rajukku hilang..ku cuba beli..dan mulalah..menelek2..yang buat rajukku terus mati bila anak-anak suka..siap berebut2..tak cukup...aisehhh...mulalah hati ibu aku yg over nih menapak..takleh jadi nih..kena cuba lagi...

jeng...jeng...(ni ayat amjad aku pinjam)..siap carik mood berhari2 dolo tuh..poyo amat..akhirnya...menjadi juga..alhamdulillah..tak merekah dan pecah lagi..kata abah aku, dia sokmo jadi food tester..oklah tuh...dah jadi..ahakss...yang kelakonya..baru siap dua kali aku mengukus..gas pulak habis..adeeeiii...dahlar tgh excited..ari Jumaat plak tuh..kedai dah tutup sebab p solat Jumaat..terpaksalah tunggu habis Jumaat..pukul 3.30 petang baru sambung mengukus..anak-anak aku dah bising..sebab depa dah habiskan yang dah siap kukus tuh...tragedi betul..kebetulan kawan adik aku datang (Untie Sha) juga bawak apam nih..apalagi rembat dolo yang Untie Sha buatkan..
Psttt..Sha, kamu punya lagi lembut ok..jeless...jeless..

Orang kata..'Practice make perfect'..nanti aku cuba lagi..dan lagi..dan lagi...heheheh...

comot je..hehehe

time mengukus..





inti blueberry..

Wednesday, February 15, 2012

Let the love of Allah remain in your heart..



Why did you keep your burden inside you
when you have Allah to tell it to?

Why did you fear everyone might hate you
when you have Him who understands you?

Why did you fill your heart with pain and anguish
when you have Him to fill it with eternal bliss?

Why did you choose to settle in turbulence
when there's His pure love that speaks of peace?

Open your heart,let Allah wash away the hurt,
embrace the greatest love
He,alone could give you.
Pray to Allah for He listens to all prayers,
believe in Him alone and not the deceiving others,
do what He says for He is your mentor,
love Him truly and not the impostor.

When you are in a battle unarmed,
let His love be your sword,

When you feel cold,let His love warm you,
When you stumble and fall,let His love catch you.

When you have no more food to eat,
let His love fill your tummy,

When you can no longer breathe ,
let His love be your ear,

When you have no more to drink,let His love be your water.

When you are lost in the rain,let Allah's love be your shade,

When you are lost in the dark,let His love be your light,

When you can no longer see,let His love be your sight.

When you are bruised in a fight,
let Allah's love stop your bleedings,

When you are wronged in an argument,
let His love unleash what's true.

When no one understands you,
let Allah's love be searched,

When no one listen to you,let His love be heard,

When no one believes in you,let His love be seen,

when no one trusts you,let His love be serene.

When you believe nobody loves you,
let Allah's love be your confidence,

When you doubt nobody protect you,
let His love be your defence,

When you feel nobody cares for you,
let His love need.

When someone fools you,let Allah's love make you wiser,

When someone belittles you,
let His love make you greater,

When someone abandons you,
let His love show you what to do.

When you are weak,let Allah's love be your strenght,

When you can no longer smile,let His love be send ,

When you are lost,let His love be your way,

When you can no longer speak,
let His love tell you what to say.

When you are afraid,let Allah's love be your protections,

When you are confused,let His love be your liberation,

When you are hurting,let His love be your therapy.

When you feel like giving up,
let Allah's love push you,

When you feel tired and fed up,
let His love's purpose pursue,

When you reach the pinnacle of your journey,
the angels of the heavens will welcome you finally.

So go on,
Walk on to the road leading to His heaven's grandeur,
Don't go a day without His love,
you will never falter,
Don't let the devil deceive your heart,
Allah shall conquer it forever
Hold on and believe in Allah's love
That's the best you can have,
Please never weep again,
And in your heart...
Let His love remain.....

Subhanallah...

Sumber: Ambik dari youtube dan tanya pak cik google...
--------------------------------------------------------------

"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Thursday, February 2, 2012

Muhamad Danish Aiman dah 8 tahun..


02.02.2012..

My beloved Muhamad Danish Aiman dah menginjak tangga usia ke-8.
Wah!!...Anak mummy dah besar...
Mummy doakan abang berjaya di dunia dan akhirat..sentiasa dirahmati dan dalam perlindungan Allah selalu..
Belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleh yer...
Mummy sayang abang very much..muahhhhh...

~Cuppies yang dibuat malam tadi untuk classmates danish..




Monday, January 16, 2012

Sebagai manusia, kita sayang padamu...


Itulah ungkapan yang selalu dituturkan oleh Saifudin atau Laksamana Sunan. Siapakah Laksamana Sunan?

Sebuah watak yang begitu hidup yang diwujudkan oleh saudara Ramlee Awang Murshid dalam siri ini yang bermula dengan Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011). Kata saudara Ramlee, Saifudin bukannya wali tapi sekadar watak fiksyen yang diwujudkan dalam siri epik ini. Andai terkesan sehingga tersentuh hujung hati, maka itu adalah kurniaan Allah.



Menemui watak Saifudin (Laksamana Sunan) dalam Bagaikan Puteri secara tidak sengaja ternyata menarik hati aku untuk terus mengenali siapakah dirinya. Cinta agungnya pada Allah melangkau segalanya membuatkan diri aku merasa begitu kerdil. Raut wajah seperti diterangi bulan purnama dengan susuk tegap. Pengembaraan dan perjuangannya untuk menentang kejahatan sangat menusuk dan meruntun hati. Sanggup lepas tu aku plak yang berjuang mencari sambungan novel ini di kedai-kedai buku. Memang ketinggalan zaman betul. Sejak dah beranak pinak nih, memang lama dah tak layan novel sebab selalunya novel nih mesti berkisahkan kisah cinta. Rasa macam dah tua untuk aku feeling-feeling. Lebih-lebih lagi bila dah merasai sendiri pengalaman bercinta yang lebih ‘indah khabar dari rupa’..opssss...Tapi kira ok juga sebab aku tak perlu menunggu lama untuk membaca sambungannya..kalu tak mau angau aku.

Aku mula-mula tertarik dengan karya saudara Ramlee secara tak sengaja bila aku ke kedai buku untuk mencari buku latihan danish. Lama tak membaca novel membuatkan aku tertarik hati untuk ke rak novel. Mulalah hajat di hati rasa nak start baca novel semula untuk memenuhi masa lapang..konon kalau adalah kan..banyak sangat novel membuatkan aku tak tau nak pilih yang mana. Kebanyakannya menyajikan kisah cinta. Akhirnya aku tertegun pada karya saudara Ramlee yang bila aku belek kebanyakannya adalah berkonsepkan cerita thriller yang mana memang kesukaan aku. So, pada hari itu aku memilih Ungu Karmila.

Memang lain dari yang lain cara penyampaiannya. Akhirnya aku mula jatuh cinta pada penulisan saudara Ramlee dan berazam setiap bulan akan ku beli satu naskah novelnya sebagai koleksi. Tidak silap percaturan aku bila aku mula jatuh cinta pada Saifudin iaitu Laksamana Sunan, seorang lelaki berduka dari Tanah Rencong. Garapan saudara Ramlee pada watak ini sangat menarik seolah-olah Saifudin benar-benar hidup. Cintanya pada Allah melebihi segalanya dan membuatkan aku tersedar sesungguhnya cinta pada Allah adalah cinta yang abadi....



~Marah itu Api, Dendam Itu Bara..






Aku rasa ramai peminat-peminat di luar sana mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling. Agaknya siapalah pelakon yang sengsuai untuk watak Saifudin nih..mmmmm..

~ Koleksi kesayangan aku, Kisah pengembaraan Saifudin aka Laksamana Sunan..dengarnya ada sambungan lagi iaitu Sunan Musafir bakal menyusul bulan April..tak sabar nak tunggu..


~Antara koleksi novel karya saudara Ramlee..(berangan nak dapatkan semua ni..Insya Allah)

Apa-apa pun tahniah untuk saudara Ramlee. Semoga terus diberi kekuatan untuk menghasilkan karya yang terbaik. Aku dah jadi salah seorang peminat beliau. Lepas nih nak buat koleksi novel dia. Dengarnya novel baru Fiksyen 302 terbaeekkk...Pada korang, yang masih belum memiliki novel ni, silalah yer..bagi aku tak rugi kerana banyak nilai yang positif boleh kita ambil daripadanya...Selamat membaca..

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang Tahun Baru 2012



Selamat Datang Tahun Baru 2012..

Alhamdulillah..masih diberi peluang oleh Yang Maha Berkuasa untuk menyedut udara di tahun 2012..

Jejak-jejak 2011 sudah ditinggalkan..suka dan duka..terima kasih Allah atas kebahagiaan dan ketenangan ini..aku percaya qada dan qadarMU..setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..

Tak pernah buat azam pon..tapi tahun nih tiba-tiba rasa nak buat azam..azam aku cuma nak memperbaiki kekurangan diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik..anak yang membahagiakan kedua ibu bapa..dan mummy yang hebat untuk anak-anakku..Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham dan Muhammad Daiyyan Amjad..

Mummy sentiasa berada disisi kamu..menyayangi kamu....


Pada semua rakan di maya ini..semoga tahun ini membawa seribu rahmat, keredhaan Allah dan kebahagiaan dalam hidup kalian..semoga apa yang dicita-citakan dapat dicapai..Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger