CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Wednesday, November 3, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan?


Bunyiknya macam pelikkan? Macam susah..Macam Payah..Macamana nak kita temui kebahagiaan dalam perpisahan. Bukankah ia akan memeritkan? Melukakan? Menyakitkan? Mungkinkah? Bolehkah? Adakah?

INi pendapat aku..korang mungkin ada pendapat sendiri..bagi aku BOLEH..Insya Allah boleh…kene positif..kene redha..ikhlaskan hati..dugaan dan ujian ini datang dari Allah…percaya..ada hikmah disebaliknya..dan kita akan temui kebahagiaan itu..:)

Bunyinya agak tipikal, stereotaip..drama..orang kata cakap memang senang…kadang kita pandai bercakap je..fikir lain..cakap lain..buat lain..jadi lain..bagi aku yang penting jangan hipokrit..berpura-pura…

Orang kata lagi hidup mesti diteruskan..meratapi dan menyesal tidak membawa apa-apa makna..yang lepas biar lepas..belajar dari kesilapan..kelemahan dan pengalaman lalu..yakin pada diri sendiri..Insya Allah kita akan menjadi lebih kuat..lebih kental..

Kita Jalan. Kita Jatuh. Kita Bangun (credit to band adik ipar aku Sleepy Jeremy - aku pinjam tajuk lagu dia Jalan.Jatuh.Bangun)..heheheh..

Jangan difikirkan apa yang hilang..tapi fikirkan apa yang kita ada…..
Jangan difikirkan siapa yang membenci..tapi fikirkan siapa yang menyayangi..

Lastly, kasik korang layan lagu ni...



Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Wednesday, October 20, 2010

My Blueberry Cheese Tart



Ini adalah tat kegemaran mereka-mereka di rumah..including me lah kan..
So, ari jumaat arituh aku trylah buat..1st time cuba nih..suspen je..siap kansel plan nak ajak budak-budak keluar semangat nyer hal..skrip Danish..

”ooooo..mummy tak jadi keluar sebab nak buat kuih yang sedap nih yer?’

..ahakss..nasib ku dimaafkan..kalu tak jenuh nak menepis ungkitan danish nanti..

Puas hati giler bila tengok tat nih menjadi..fillingnya sangatlah sedap bagi akulah kan..anak-anak lagilah lawak..siap berebut nak jilat pemutar, bekas adunan dan piping bag..poyo je..

Tengok Jejadnyer selera..suke..suke..




Ni resepi bagi sapa yang nak cuba.. hasil google dari internet..lupa ku amik dari belog sapa..terima kasih tuan punya belog;

Pastri:
250g butter
80g icing sugar
2 biji telur
440g tepung gandum
1 taespn esen vanila

satukan semer bahan-bahan di atas dan uli menjadi doh..tekankan ke dalam acuan tat..cucuk pastri dgn garpu n bakar selama 8-10minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.

Filling:
250g philadelphia cream cheese (pakai brand lain pon boleh asalkan cream cheese)
60g gula caster
20g butter
1 biji telur grade 'B'
Blueberry filling/strawberry jem

~ utk filling, pukul cream cheese, butter n gula sampai kmbang..masukkan telur dan pukul rata..masukkan dlm piping beg.
Pipekan cheese dlm pastry n sudukan 1/4 kecil blueberry..buat corak ikut suka..
Bakar dalam suhu 180C selama 5-10 minit..

Selamat mencuba..

Sunday, October 17, 2010

Testing..Testing..



~ Kek Choc Rice ~



~ Kek Pelangi ~

Minggu lepas adalah minggu rajin aku melayan permintaan anak-anak..sibuk budak-budak nih request soh aku buat kek..buat kek? Aisey..dahlar pengalaman pertama buat, kek aku ala2 kene bom…rasanya ok..Cuma bab membakarnya ala-ala terbakar sikit..kes tak tau camna nak setup kepanasan ovenlah nih..

So, ini adalah percubaan kali kedua..simple kek je…peehhh…suspen juge..poyo aku..nih blum buat kek yang canggih manggih nih..

...akhirnya menjadiiiiii…yeehaaaa….seronok disitu…satu kepuasan bila anak-anak tak sabar nak makan hasil air tangan kita..dan yang pastinya kek ini ku buat dengan penuh kasih sayang untuk mereka…(ayat mau juga jiwang..ahakss)..


~ Ia-ia je makan..


~ Budak yang mengidam..

Tuesday, October 12, 2010

Inilah Cup Cake Pertamaku



Ok tak? Bolehlahkan bagi amatur cam aku nih yang kali pertama mencuba..huhuhu..decoration yang menggunakan fondant baru nak tanya pakcik google..yang ini kira belasah je..adunan butter creamnya adalah hasil tangan mak buyung yang mengidam nih..aku kasik canlah dia pilih kaler..dan deco sendrik..kan tak memenuhi spesifikasi dia ..tak lepas tahap kemengidaman dia nih..susah pulak..

Apa-apa pun yang pastinya adunan cup cake ini ku adun sekali kasih sayang aku untuk adik aku dan anak-anak..(statement nak jiwa2 je aku nih..)..aku harap adik aku suka dan lepas mengidam dia nak makan cup cakes..

Hehhehe…berapa bintang nak kasik kat kakak mu ini Che Da wehhh..bagi yang pro..korang jangan gelakkan aku yer..aku adalah budak baru nak belajar…

'BerMuffin' Dan 'BerSua Rasa'



Weekend lepas, jadual adalah penuh terisi. Walaupun rasa penat tapi cukup puas hati sebab tengok anak-anak aku terutamanya eppy…so, entry kali nih aku nak citerkan aktiviti aku dan anak-anak pada cuti hujung minggu nan lalu..

Ari khamis balik dari keje aku pi kedai yang jual alat2 untuk membuat kuih..targetnya untuk dapatkan bekas untuk buat muffin..lama dah teringin nak makan muffin strawberry....adik ipar aku Su, nak tolong buatkan..maklumlah aku tak pernah cuba lagi..lak tuh cam fobia skit ngn oven aku yang telah menghanguskan kek percubaan kali pertama aku..trauma sehhh...Kununnyalah..ahakss..so, kali ini pakai oven Su..huhuhu..

Tadaaaa….inilah muffinnya..



ooo…senang je nak membuatnya..adunannya Su yang buatkan aku just campak2 jem strawberry tuh..melimpah ruah dibuatnya..huhuhu..otomen tiga aku beria2 nak makan..excited sampai tunggu2 depan oven..hehehhe.. nanti aku bleh cuba sendrik…dan pelbagaikan..misi pertama ..berhasil..

Ari jumaat tuh aku plan nak wat surprise kat adik aku yang pegnant tuh..Eydah aka Che Da..budak nih lama dah mengidam nak makan cup cakes..kat terengganu nih yang siap jual payah jugaklah nak jumpa..kalu ada pon..nan ado rupanya..takut lama je..so, aku plan kunun nak suprisekan dia..buat sendrik..resepi dh mintak ngn pakcik google..tak pernah buat oooo…suspend gakk..tup2 pagi jumaat dia muncul kat umah sebab encip hubby dia ada lawatan ke kuantan..aisey..tak jd surprise nih..aku lak yg surprise..tapi ok gak..senang2 ajak dia buat sendrik nnt..

Jumaat kansel plan nak wat cup cakes sbb kami satu family pi merayap ke Pulau Warisan..ada Sua Rasa..letih melayan anak-anak yang lasak amat..dahlar orang ramai..tapi nampak depa seronok..yerlah dapat keluar..kalu tak terperap je..maklumlah aku ni kadang dah ada kat umah..malas nak keluar..

Pagi Sabtu ke Sua Rasa lagi sebab semalam pegi malam…la nih nak tengok keadaan waktu siang plak..pehhh…panas gilooo…berpoluh2 aku anak beranak..pi sekejap je..petang misi cup cakes bermula..sambung next entry..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger