CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, September 2, 2010

‘The Making’ of Biskut Raya 2010


Gigih aku tahun nih berperang dengan 3 Otomen aku tambah dengan Princess Damia (anak sedara) nak buat biskut raya..semer nak menolong kununnya..menolong kacau adalar..berkecah dapur..mandi tepung bagai diorang..kunun nak mengayak tepung sangat..adehhh…tahun lepas si amjad baru berapa bulan..tahun nih dia dah dapat kaki..apalagi dia pon join sama berperang ngan aku..sekejap-sekejap datang mengacau..panjat-panjat kerusi semer..

23 Ramadan dah..biskut raya baru siap 4 jenis..ada lagi 2-3 jenis nak buat…Insya Allah sempat..tapi seronok juga bila buat sendiri nih..rasa puas hati bila tengok anak-anak berangkut-angkut lepas sekeping-sekeping..rasa kepuasan..huhuhu..

Inilah biskutnya; Biskut Jem Strawberi, Tat Nenas, Biskut Hamparan, Biskut Kuaci..



Mejad yang menyibuk di situ..



Sunday, August 29, 2010

Shopping Raya?



Hari ini dah masuk 19 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu..Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Semoga semua mengejar keberkatan pada 10 malam terakhir ini.

Syawal bakal menjelma. Mesti semua orang tengah sibuk membuat persiapan. Beli baju raya untuk anak-anak, buat kuih raya dan sebagainya. Bagi aku persiapan tuh ala kadar je..baju anak-anak pun dah berdikit aku beli sebelum ni..sebab takmolah berebut-rebut dan bersesak nanti. Tinggal Baju Melayu anak-anak je..tu pon dah aku beli baru ni..tema tahun lepas adalah coklat...dan tahun ini adalah biru..

Last sekali tinggal nak belikan kasut je untuk anak-anak. Sebab takmo berangkut dengan tiga otomen aku nih..sebab gerenti mesti sesaknya..akhirnya aku menggunakan pendekatan abah dahulu masa nak belikan kasut raya untuk anak-anak. Aku nih 6 beradik. Imagine tak akan nak angkut semernya bawak pi kedai pilih kasut. So, abah akan amik tali dan ukur kasut kami yang lama untuk dapatkan size..so, dia akan pi kedai kasut sorang-sorang dan pilih untuk kami. Pilihan semer di tangan abah. Suka tak suka terima saja. No demanding okies..tak macam budak-budak sekarang :)..

Macam ok juga cara abah ini, jadi aku praktikkan untuk cari kasut budak-budak nih..tak payah nak angkut otomen nih..seblum tuh pon aku dah survey2 dolo masa balik kerja..senang..dah buat keputusan nanti pi beli terus..kalu tak berlaku insiden yang aku lihat ari tuh..suami isteri nih siap bergaduh lagi pasal nak belikan kasut anak. Anak sederet dibawanya. Ada yang dah nak mengamuk..panas..rimas..Biasala, lelaki kalu pose nih peel memang semacam. Cepat naik hangin. Kes lapar kot. Kira main jawab-jawab mulut jugalah bab nak memilih kasut nih. Huhuhu. Kan payah gitu.

So, pada kengkawan bolehlah cuba guna kaedah ini. Tapi korang kene tau juga size yang selalu anak pakai untuk memastikan ketepatan pilihan kita.

Nota kaki: Pic kat atas adalah riben yang aku potong dan bawa bersama untuk shopping..each kaler untuk lain-lain anak..takut tertukar..so far misi adalah berjaya..

Monday, August 23, 2010

Buah Budu??



Buah Budu? Korang pernah dengar tak? Huhuhu...
Ini ceritanya..

Danish : Sedapnya buah nih..nyum..nyumm..
Mummy, ini buah budukan?

Me : Apa? Buah apa?

Danish : Buah budu..ni namanya buah budukan?

Muka memang ala-ala konpiden giler..

Me : Buah budu? Hahahhahah…(gelak guling-guling aku)

Danish : Napa mummy gelakkan saya?

Me : Bukan buah budulah..itu namanya buah duku...budu tuh yang orang makan dengan nasik..

Danish : Ooooo..yer ker? Saya ingat nama dia buah budu..sedaplah..saya suka buah ni..

Adeehhh…si Danish nih suka je keluarkan perkataan-perkataan pelik.. fening aku..

Thursday, August 19, 2010

Diari 8 Ramadhan Danish


~ Selera dia makan

Inilah mee favourite dia..



Semalam danish request soh aku masakkan mee kegemaran dia untuk berbuka dan air milo ais. Memandangkan dia pose penuh semalam, aku layankan je. Dia ni kalu sahur mesti nak makan nasi dengan telur je dan milo panas. Berbuka pon tak cerewet..takderlah nak mintak macam-macam..cuma dia nih memang tak suka lauk pedas..

CD lagi..



Koleksi CD Mejad tambah lagi dua..huhuhuu…comel jek..yang nih plan nak pakai bila pi jalan-jalan..

Brand nih kira ok juga. Senang kering. Liner pon senang kering. Tak cepat basah sangat berbanding dengan yang lain. Cantik pon cantik dengan adanya corak. Harga pon ok takderlah mahal sangat.


Babyland Printed CD (Swirl)


Sunny Baby Minky CD (Cute Sheep)

Yang ini Wet Bag..baru beli..huhuhu..senang nak bawak jenjalan.



Modelnya..Amjad..


Sesapa nak tambah koleksi lagi boleh terjah belog kawan aku nih, mana tau kot2 berkenan di hati:
http://iman-shoppe.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger