CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Thursday, December 20, 2012

Part 6 : Jejak Rindu ke Kajang

Khamis & Jumaat ; 15 & 16 November 2012

Hari Ke-7 & 8

Pemergian aku kali ini ke Kuala Lumpur tidak mahu aku persiakan dari melawat teman rapat di sini. Antaranya Yune. Aku imbas sedikit perkenalan aku dan Yune.Teman yang aku kenali ketika belajar di UUM. Dia adalah teman satu course dengan roomate aku yang aku panggil Mate Lin.Geng IT. So, selalu lepak bilik aku menyiapkan assignment dengan my roomate. Lama kelamaan jadi geng. Jodoh kami panjang bila Yune jadi salah seorang housemate aku plak ketika mula aku bekerja di Kuala lumpur. Kami menyewa di Taman Kinrara ketika itu..sehingga kini dia masih menjadi salah seorang BFF aku..teman berkongsi suka dan duka..

Inilah BFF aku..Yune..sahabat yang tak lari dari aku bila aku berada dalam kesusahan dan kekecewaan..pemberi kata semangat...


Dua tahun lepas masa aku ke rumah Yune tak sempat lepak lama dan bermalam di sini. So, untuk lawatan kali ini dah plan untuk lepak dan bermalam di rumah Yune. Anak aku pon seronok sebab dapat geng dengan anak Yune, Haikal yang sebaya dengan Danish.

Memandangkan hari ini adik aku dah bekerja, sebelah malam selepas Isyak kami bertolak ke Kajang berbekalkan Map Location menerusi hp. Jenuh juga nak mencari siap tersesat..huhuhu..adik aku jarang ke sebelah Kajang ni dan sememangnya tak berapa mahir dengan jalan di sini. Akhirnya sampai juga...pehhh..sangat rindu sama ini mak cik..masih mantain ayu dan cantik..even anak pon dah tiga cam aku juga..ahaksss...

Aktiviti di rumah Yune..


Lepak...berborak..masak..makan..lepak..borak...masak..makan..huhuhu

Anak-anak pulak layan playstation..seronok tengok Haikal yang jadi ceria dengan hero aku nih..diarang main sampai kenyang tak makan..adeeeiii...sempat jugak aku buat creampuff untuk Yune dan Ayin (salah seorang lagi geng kami). Rupa creampuff aku agak pelik skit sebab Yune takder noozle bintang besar..hehehe


Jumaat malam tu Si Ayin datang ke rumah Yune untuk jumpa aku..sangat poyo diarang ni ok..duduk dalam satu kawasan tapi tak pernah jumpa atau menziarahi sehinggalah kedatangan aku..adeeiii...apalah ini budak dua orang..Ayin pon salah seorang geng roomate aku yang jadi geng aku..sama orang Ganu..masih cantik dan lawa lagi si Ayin ni..tengah mengandungkan anak yang ke-4 plak...peeehhh...ekspress ko Ayin. Borak sambil makan menyebabkan lupa nak snap pic. Rugi betul. Sangat seronok dan bahagia bila dapat jumpa sahabat lama nih..sangat taching di situ..

Jumpa geng..





Perkara yang aku takleh lupa..Yune sediakan bilik aku bersebelahan dengan bilik Haikal di mana Danish dan Afham akan tido bersama Haikal.Tapi beselah anak aku ni mana boleh berjauhan..tido tanpa aku..so, bila Haikal tertido depa semua masuk bilik aku thru bilik mandi bilik Haikal tido dengan aku balik..hahahaha...sabo jek..ingat dah ada geng tak maulah ngn aku kan..Yang sweetnya..malam esoknya..sekali ngan Haikal masuk bilik aku tido sekali...adeiiii...sangat comel di situ...

Masa begitu pantas berlalu.. tak puas bersama ngan korang. Tiba masa aku melepaskan rindu pada Mapai pulak yer..Terima kasih Yune dan tak lupa juga Encik hubbynya, Nan..Nan nih pon geng kitaorang belajar dolo..atas layanan semua..terima kasih masakkan nasik ayam dan nasik lemak yang sodap..tak lupa juga pavlova..ngeee..sorry kalau menyusahkan ko..sangat seronok jumpa dan lepak dengan korang...lain tahun aku datang lagi ok..huhuhu..
Sayang sama korang...muaaaaahhhh..




-Yune dan Mapai

-Bergambo sebelum meninggalkan Yune dan famili..sob..sob..sedihh..Jumpa lagi korang..Insya Allah.


Note: Next part bermanjaan dengan Mapai plak..terasa diri ini disayangi gituu..:)




2 Lalala:

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknyaaaaa:):)

Mama Iman / Yunne said...

Waa.. rindu sama kamu..
Thanks mate sudi lepak umah aku.. tp tk puas lak rasanya.. hehee..
Thn dpn Inshaa Allah aku ke sana lak.. (doakan plan aku menjadi).. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger