CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Mum's with 3 kids.. Muhamad Danish Aiman, Muhammad Durrani Afham n Muhammad Daiyyan Amjad.. Life is not a matter of chances its a matter of choices.. Make your own choice.. and you'll be happy... 'Remember, the world is round, WHAT GOES ROUND COMES AROUND. One day you will look back & proud of yourself'..

Monday, November 26, 2012

Part 1 : Kuala Lumpur..Menjejak Jejak Yang Hilang..


Tajuk entry kat atas memang takleh blah kan? Ala-ala drama bersirilah pulak..kasik canlah aku buat sesuka hati kat blog aku ni..so, entry kali ni adalah berangkai mengenai percutian aku dan anak-anak ke beberapa tempat sempena musim cuti sekolah baru-baru ni..mungkin bagi orang lain bese-bese je...itupon nak kecoh...itupon nak bagitau satu dunia..KL je pon bukan ober the sea..tapi bagi aku memang bermakna..Menjejak Jejak Yang Hilang..dan bagi anak-anak ini adalah kebebasan..menjadi kanak-kanak yang normal bersama yang menyayangi...eeewaaahh...

Memandangkan dah agak lama aku tak bawak anak-anak jenjalan jauh especially bila dah jadik single mingle ni ada rasa kesian tengok anak-anak aku ni..asyik2 lepak Pantai Batu Buruk, tak pon pi Giant, tak pi Giant pi Mydin, tak pon ke Pasar Malam Tanjung..playground, pusing-pusing sekitar bandar Kuala Terengganu ni..jangan harap mummy depa yang penakut nih nak drive jejauh..oh..bosannya dunia kamu..kesiankan...

So, aku adalah menyimpan hasrat di hati tahun nih aku nak tunggu musim cuti sekolah plan nak bawak anak-anak ke Kuala Lumpur kekdahnya...ramai BFF aku kat sana yang dah racun aku soh datang sini..rindu sangat pada kawan-kawan yang susah senang sentiasa berada di belakang aku memberi semangat dan dorongan selama ini.. aku dah start plan slow-slow..beselah..aku kan poyo..bab ni memang aku terer..heheh..aku dah pilih date pegi dan balik..Peginya 9hb November dan balik 20hb November..ambik ko 12 hari aku pulun..jenuh aku nak buat muka kesian kat bos sebab cuti lama sangat even cuti aku memang banyak lagi..akhirnya bos sign juga surat cuti selepas insaf yang aku memang dah lama tak ambik cuti lama..haaa..tau pon encip bos..

Transportation pilihan adalah bas..sebab kalau nak harap aku sorang drive ke KL yang dah lama aku tak jejak nih..jangan harap lepas tambah plak lately nih si biru aku tu suka wat peel..dibuatnya dia mogok kat highway naya..hajat budak-budak pulak nak datang ke KL naik bas..depa nak merasa naik bas bertingkat tu..pilihan pertama SANI EKSPRESS sebab hari-hari nampak bas ni lalu kat kampung aku sebab deport dia tak jauh.. dan nak stay bahagian atas..so, aku turutkan je hajat depa dah memang niat aku percutian kali ni untuk anak-anak..mak aku punyalah gelabah bila dengar aku beli tiket bas tuh..maafkanlah mak aku..dia hanya seorang ibu yang masih tebal dengan perasaan curiga dan cuak sebegitu memandangkan ada kes terdahulu kan? Dan aku pulak percaya ajal maut kat tangan Allah dan aku sangat percaya syarikat ini antara yang terbaik cuma kisah dahulu dah tertulis oleh Allah sebagai ujian pada depa..so, proceed..

Tiketnya; Dewasa RM40.00 dan Kanak-Kanak RM30.00
Tarikh ; 9hb November 2012, Jam 8.30 am

Tapi dalam hati aku nerbes gak..gilo tak nerbes..Aku? Single parent naik bas dengan tiga orang hero seusia 8, 5 dan 3 tahun yang amatlah melasak orangnya..dengan naik bas..dengan masa perjalanan 8 jam..kene kontrol suara..kan aku buat bunyik cam naga mengamuk harus ada yang kene tinggal tengah jalan..parents aku lak yang tukang tambah nerbes..pot..pet..pot..pet...rileks cik mok abah...anak kome nih kan planning nyer orang...so, aku dah plan siap-siap...huhuhuhu...

1) Aku siap masakkan pasta satu bekas untuk bekal makan dalam bas – supaya takderlah nak kene turun mengheret hero2 nih makan kat kedai yang sokmonya konpem membikin keributan..kan ada yang kene tinggal..

2) Siap beli air susu kotak berkotak2 berserta biskut, coklat bagai untuk bekal – takderlah setiap stop nak kene turun belikan..berat beg galas si danish..penuh makanan...


3) Aku siap pakaikan pampers untuk amjad dan afham..incase depa emergency..depa sememangnya free diapers dah..tapi beselah bebudak..dibuatnya emergency..bas ni bukan aku punya sesuka hati nak main berhenti2..tapi sebab tak biasa sanggup depa tahan tuh..so, setiapkali bas berhenti aku akan paksa depa pegi toilet...jenuh berpimpin tiga orang nih...

Tiap kalinya pasti suara cik mok aku terngiang-ngiang..

“ KL tu bahaya..ramai orang jahat..mung tu dahlah sorang..pegang elok2 anak-anak tu...jangan blaa blaa..jangan blaa blaaa...”

So, orang-orang KL jangan terasa hati noooo...beselah...kami ni kan orang kampung skrip drama swasta dah sebati dalam diri..Huhuhuhu...

Tapi pesanan orang tua kene dengar yer..:)

Jenuh jugalah dalam perjalanan tu aku nak mengambil hati hero-hero ni..8 jam lebih kurang ko..dalam tempat terhad untuk anak-anak yang aktif..pehhh...danish senang..dia suka tengok tingkap..menikmati keindahan alam..hafal jalan..so no problem..tapi yang problemnya bila si afham pon sibuk nak stay kat tingkap..ahh..sudah..pandai2lah kome..


Bas ni agak selesa..anak-anak pon kata selesa..hebat..aku lak masalah jaman dolo menjelma kembali...hohohoho...mabuk naik bas...adeeeiii...bila dah rasa lain macam..aku pejam mata..si amjad apalagi start bising..marah aku tido, pejam mata...dia tak tau mummy dia nih mabuk naik bas...hahahha...


Tolong mummy ngan 2 bagasi, 2 beg galas, 1 kotak

Muka seronok dah sampai

Akhirnya, dalam bergaduh nak makan, bergaduh mintak air, bergaduh tengok view, bergaduh berebut nak main game..alhamdulillah..kami selamat sampai jua di bumi Kuala Lumpur yang dah lebih 2 tahun aku tak jejaki.....tak sabar nak jumpa adik aku..tak sabar nak jumpa semua kesayangan aku di sini....

Bersambung....





0 Lalala:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger